Angga Dwimas Sasongko
Angga Dwimas Sasongko

Angga Dwimas Sasongko

Angga Dwimas Sasongko (lahir 11 Januari 1985 di Jakarta) ialah seorang pengarah dan penerbit filem Indonesia. Beliau mengambil pendidikan di Universiti Indonesia dalam jurusan sains politik. Kerjaya beliau bermula ketika beliau berusia 19 tahun. Pada tahun 2008, beliau mengasaskan Visinema Pictures, sebuah syarikat pengeluaran filem yang memenangi anugerah yang berpengkalan di Jakarta, Indonesia.Beliau telah mencipta berpuluh-puluh video komersial TV, ratusan muzik video, satu dokumentari cereka dan lima filem cereka. Filem keduanya, Hari Untuk Amanda (2010) pernah dicalonkan dalam Anugerah Citra 2010 untuk 8 kategori. Antara pencalonannya ialah Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik (Oka Antara), Pelakon Wanita Terbaik (Fanny Fabriana) dan Filem Terbaik.Dengan filem Cahaya Dari Timur: Beta Maluku (Kami Orang Maluku), beliau menjadi penerbit termuda memenangi Anugerah Citra untuk Filem Terbaik dalam Festival Filem Indonesia, anugerah filem paling berprestij di negara Indonesia.Filem-filem beliau yang lain turut mendapat pengiktirafan dan penghargaan dari industri perfileman Indonesia dan antarabangsa, termasuk Surat Dari Praha (2016) menjadikan penyertaan rasmi Indonesia untuk Filem Bahasa Asing Terbaik Anugerah Akademi. Filem-filem beliau yang lain ialah Filosofi Kopi (2015), Bukaan 8 (2017) dan Filosofi Kopi 2: Ben & Jodi (2017).Beliau adalah salah seorang pengarah filem yang paling dihormati di Indonesia dan yang pertama di negara Indonesia bekerjasama dengan Fox International Production untuk Wiro Sableng (212 Warrior) (2018).

Angga Dwimas Sasongko

Warganegara Indonesia
Pekerjaan Pengarah filem, penerbit filem
Tahun aktif 2008 - kini
Anugerah Anugerah Citra, Anugerah Usmar Ismail
Kelahiran (1985-01-11) 11 Januari 1985 (umur 38)
Jakarta, Indonesia
Karya
  • Cahaya dari timur: Beta Maluku (2014)
  • Surat dari Praha (2016)
  • Mencuri Raden Saleh (2022)
  • 13 Bom di Jakarta (2023)